Sunday 6 January 2013

Fuh!! Ngeri DI Rogol Sampai Mati..Sedis

type='html'>
Fuh!! Ngeri DI Rogol Sampai Mati..Sedis.
Fuh!! Ngeri DI Rogol Sampai Mati..SedisSINGAPURA: Seorang pelajar India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara itu, meninggal dunia di sebuah hospital di sini, semalam.

Di New Delhi, polis tambahan dikerah bersiap sedia menghadapi demonstrasi lebih besar menjelang kepulangan mayat mangsa berusia 23 tahun itu.



Perdana Menteri India mendahului ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa penunjuk perasaan menyalurkan kemarahan mereka secara membina.


Menurut doktor di Singapura, pelajar berkenaan meninggal dunia pada jam 4.45 pagi (waktu Malaysia), hampir dua minggu selepas serangan itu yang mengejutkan penduduk India.


“Organnya gagal berfungsi akibat kecederaan teruk pada tubuh dan otak,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth.




Mangsa dirogol oleh sekumpulan enam lelaki mabuk secara bergilir-gilir selepas dia menaiki sebuah bas pada 16 Disember lalu.




Mereka juga memukulnya dengan besi sebelum mencampakkan pelajar itu dan seorang rakan lelaki dari bas yang sedang bergerak.


Dia dibawa ke Singapura dengan pesawat Khamis lalu dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan India. Tindakan itu dikritik oleh beberapa doktor di negara berkenaan yang menyifatkannya sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai ketika bantahan terhadap serangan itu meningkat.



Pesuruhjaya Tinggi India di Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa begitu kecewa dengan kematiannya. Kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, membunuh diri dengan mengelar lehernya selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki. - AFP


View the original article here

No comments:

Post a Comment