Thursday 10 January 2013

Debunga Lalang Slot Azalea TV 3 Full Episod 1 Hingga Akhir

type='html'>
Debunga Lalang Slot Azalea TV 3 Full Episod 1 Hingga Akhir | Aishah merupakan anak kepada Saodah (Ku Fridah) dan kakak kepada Khatijah (Wan Sharmila). Aishah dan Khatijah mempunyai perwatakan yang cukup berbeza. Peribadi Aishah yang lemah lembut tidak cukup untuk menghadiahkannya dengan kasih sayang sejati ibunya apabila Saodah seringkali melebihkan Khatijah dalam apa jua urusan baik pelajaran mahupun layanan sebagai seorang anak. Kehidupan Aishah dan Halim yang tidak semewah Khatijah juga menyebabkan Aishah dipinggir ibu kandungnya.


Aishah dikurniakan 2 orang anak perempuan manakala adiknya yang telah pun berkahwin dengan Bakri (Ungku Ismail) masih belum dikurniakan rezeki. Dek rasa cemburu yang cukup kuat, Khatijah menjalankan rancangan jahatnya untuk mengambil kesempatan tatkala Aishah mengandungkan anak ketiga. Setelah berpakat dengan ibunya serta pelbagai lagi helah lain, anak ketiga Aishah yang diberi nama Ayang Mastura diserahkan kepada Khatijah demi menjaga hati dan perasaan Saodah.

Kasih sayang dan ikatan keibuan antara Aishah dan Ayang Mastura semakin diuji apabila Khatijah bertindak memutuskan hubungan kekeluargaan bersama Aishah dan berhijrah ke luar negara bersama-sama suaminya. Rindu yang ditanggung Aishah bukan sahaja kepada anaknya tetapi juga terhadap ibunya yang mengharapkan Saodah dapat menerima dirinya sama seperti Saodah menerima Khatijah.

Halim yang banyak menyokong Aishah mengambil keputusan untuk membawa Aishah keluar dari kampung tersebut kerana tidak tahan melihat isterinya terus dihina dan dipinggir Saodah. Halim berusaha mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Bertekad untuk keluar dari kepompong kesusahan, Halim berjaya mencapai kejayaan tersendiri.

Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Aishah sekali lagi diduga apabila Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura pulang ke tanahair selepas 10 tahun berada di luar negara. Hasrat Aishah dan Halim menatap wajah Ayang Mastura tidak menjadi kenyataan. Saodah mengusir mereka tatkala mereka mahu datang menjenguk Ayang Mastura. Dek perasaan sayang yang mendalam terhadap isteri dan anaknya, Halim bertekad menuntut hak penjagaan Mastura.

Dapatkah Halim dan Aishah mendapatkan anak mereka? Apakah lagi helah yang bakal dilakukan Saodah dan Khatijah? Mengapa Saodah begitu membenci Aishah dan dapatkah Aishah merasa kasih sayang seorang ibu? Semua persoalan ini bakal terjawab di akhir episod 'Debunga Lalang'

TONTON ONLINE DEBUNGA LALANG TV 3 FULL EPISOD 1 HINGGA AKHIR

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 1 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 2 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 3 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 4 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 5 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 6 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 7 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 8 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 9 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 10 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 11 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD 12 - LINK

DEBUNGA LALANG TV 3 EPISOD AKHIR - LINK


Drama Lain Dari Blog Fuh.My :-


View the original article here

No comments:

Post a Comment