Monday 31 December 2012

Fuh!! MIsteri Besi Dari Langit, Benarkah? Atau Satu Kebohongan

type='html'>
Fuh!! MIsteri Besi Dari Langit, Benarkah? Atau Satu KebohonganKLANG: “Sehingga sekarang saya tak tahu apa objek ini. Saya cuba bertanya kawan-kawan, tetapi mereka juga buntu dan membuat andaian masing-masing,” kata Mokhtari Ahmad, 67, menceritakan objek misteri seakan-akan besi yang didakwa ‘jatuh dari langit’ menembusi bumbung rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Meru, dekat sini, Ahad lalu.

gambar hiasan

Mokhtari ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, objek berbentuk bulat, berat kira-kira 300 gram dan panjang hampir 20 sentimeter itu jatuh ke dalam rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.


“Ia jatuh betul-betul di depan saya. Jika berjalan beberapa langkah ke depan sebelum itu, pasti objek misteri ini tepat mengenai kepala saya.


“Selepas jatuh ia mengeluarkan asap tetapi saya tak berani pegang kerana panas,” katanya di sini, semalam.


Difahamkan, objek misteri itu mengambil masa hampir setengah jam sebelum boleh dipegang dan Mokhtari kemudian membalutnya menggunakan akhbar lama.



Menceritakan lanjut kejadian misteri itu, Mokhtari berkata, ketika itu dia baru pulang ke rumah dari bersiar-siar bersama keluarga di Shah Alam dan ketika kejadian cuaca mendung.



“Ini kejadian pertama berlaku ke atas rumah saya, malah di kampung ini dan sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.


“Ia juga tidak mengeluarkan bau, cuma bila dipegang terdapat kesan terbakar,” katanya.


Dia mendakwa, selepas solat Maghrib di surau, dia memberitahu perkara itu kepada rakan dan mereka tidak tahu menahu objek apa yang jatuh dari langit itu.


“Pagi keesokannya saya membawanya ke Batu 8, di sini dan tunjukkan kepada kawan-kawan dan mereka hanya menggeleng kepala.



“Saya berhasrat untuk menyimpan objek ini kerana ia jatuh secara misteri,” katanya.


View the original article here

Fuh!! Sensasi : Gambar Penikahan Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha

type='html'>Fuh!! Sensasi : Gambar Penikahan Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha | Perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah di langsungkan hari ini. Kedua mempelai ini segak berpakaian pengangtin dan sangat cantik sekali.

Majlis akad nikah ini di adalakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.


Khairul Fahmi Che Mat sah menjadi suami kepada Leuniey Natasha dengan sekali lafaz. Berikut Antara gambar Perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha.











View the original article here

Keluarga maafkan pembunuh Ayu – Kes Bunuh

SENAI – Keluarga mangsa bunuh dan bakar, Nur Rahayu Qomarodin, 16, memaafkan pelaku yang membunuh anak mereka setelah tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap tertuduh, D Kalaiselvan, 47, dibacakan, mengakui berpuas hati dengan keputusan mahkamah. “Sejak [...]

The post Keluarga maafkan pembunuh Ayu – Kes Bunuh appeared first on Berita Hiburan Sensasi dan Gosip Artis Terkini di Malaysia.

]]>

View the original article here

Tonton Drama Online Adam Dan Hawa Episod 72

type='html'>


Tonton Drama Online Adam Dan Hawa Episod 72 | Bagi yang terlepas untuk menonton Adam Dan Hawa episod 72 boleh lah menonton di video yang kami kongsikan di bawah.





View the original article here

Fuh!! Gila: Pihak Hospital Terpotong Jari Ketika Ujian Darah??!!

type='html'>
Fuh!! Tergempar - Pihak hospital telah terpotong jari seorang remaja ketika menjalani ujian darah..namun perkara ini tidak disebarkan media..jom kita dengarkan perbualan antara remaja yang terputus jari tersebut dengan rakannya..



Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Lias : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Erkkk... :p

View the original article here

Fuh!! Terbaik: Tips Mengelak Dari Disaman Dari Ustaz Azhar Idrus Menjadi!

type='html'>Tadi Dr Fuh dok belek-belek kat google image terjumpa pulak printscreen dari Page FB Ustaz Azhar Idrus mengenai Tips Mengelak Saman Polis Semasa Roadblock..jom tengok apa tipsnya..


Terbaekkk!!!! :)

Tips Mengelak Saman Polis Semasa Roadblock


View the original article here

SUBHANALLAH !! Kubur Wanita Yang Derhaka Berasap

type='html'>

Assalamualaikum, semoga peristiwa benar ini menjadi iktibar kepada kita yang masih bernyawa lagi ini..

Mayat dan iktibar – Kuburnya berasap!
Seusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. ” Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! ” pesan Imam Taib.
Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.
Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.
Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,
” San, cuba kamu tengok…! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! ” tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. ”

Subhanallah…!! asap apa yang keluar tu..!! ”
” San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! ” gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.
Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !
Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.
Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa. Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya.
Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.
Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :
Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.
Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.
Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan ‘minah kilang’ di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.
Malah aktiviti ‘makan luar’ isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.
Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan ‘hamba’nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.
Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.
Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.
Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.
Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.
Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
_
(*) Kisah ini telah diceritakan oleh seorang alim, kepada penulis (radens)



View the original article here

Top 15 Most Popular Search Engines | December 2012

type='html'>

Top 15 Most Popular Search Engines | December 2012


Berikut merupakan T0p 15 Enjin Carian yang paling popular di dunia berakhir pada December 2012. Seperti yang dijangka, Google mengungguli carta meniggalkan jauh pesaing-pesaingnya. Nampaknya enjin carian Bing sudah memintas Yahoo...
1 | Google
1 - eBizMBA Rank | 900,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 1 - Compete Rank |1 - Quantcast Rank | 1 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
2 | bing
17 - eBizMBA Rank | 165,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 13 - Compete Rank | 16 - Quantcast Rank | 22 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
3 | Yahoo! Search
18 - eBizMBA Rank | 160,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | *8* - Compete Rank | *28* - Quantcast Rank | NA - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
4 | ask
26 - eBizMBA Rank | 125,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 11 - Compete Rank | 14 - Quantcast Rank | 52 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
5 | Aol Search
144 - eBizMBA Rank | 33,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | *336* - Compete Rank | *240* - Quantcast Rank | NA - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
6 | MyWebSearch
233 - eBizMBA Rank | 19,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | *65* - Compete Rank | 409 - Quantcast Rank | 225 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
7 | blekko
615 - eBizMBA Rank | 9,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 499 - Compete Rank | 631 - Quantcast Rank | 715 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
8 | Lycos
1,094 - eBizMBA Rank | 4,300,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 837 - Compete Rank | 347 - Quantcast Rank | 2,097 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
9 | Dogpile
1,707 - eBizMBA Rank | 2,900,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 700 - Compete Rank | 876 - Quantcast Rank | 3,545 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
10 | WebCrawler
1,972 - eBizMBA Rank | 2,700,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 128 - Compete Rank | 1,281 - Quantcast Rank | 4,507 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
11 | Info
1,980 - eBizMBA Rank | 2,600,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 371 - Compete Rank | 286 - Quantcast Rank | 5,283 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
12 | Infospace
2,570 - eBizMBA Rank | 2,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 469 - Compete Rank | *600* - Quantcast Rank | 2,786 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
13 | Search
3,607 - eBizMBA Rank | 1,450,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 2,718 - Compete Rank | 2,203 - Quantcast Rank | 5,901 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
14 | Excite
3,780 - eBizMBA Rank | 1,150,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 3,492 - Compete Rank | 3,618 - Quantcast Rank | 4,232 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
15 | GoodSearch
5,020 - eBizMBA Rank | 1,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors | 4,434 - Compete Rank | 4,308 - Quantcast Rank | 6,319 - Alexa Rank.
Most Popular Search Engines | Updated 12/5/2012 | eBizMBA
SUMBER

View the original article here

Sunday 30 December 2012

Fuh!! Pelik : Wanita Mengandungkan Ular Di Dalam Perut Selama Tujuh Bulan

type='html'>

Fuh!! Pelik : Wanita Mengandungkan Ular Di Dalam Perut Selama Tujuh Bulan | Di usia separuh umur, Rasheedan Bibi, merasa tak mungkin lagi dapat mengandung anak. Ketika merasakan perutnya membuncit seperti wanita hamil, dia tentu menyangka dirinya tengah mengandung bayi.
Selang tujuh bulan kemudian, perutnya makin membesar. Tapi, dia makin merasa sakit apabila perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi pun cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan, ini akhirnya memutuskan untuk memeriksa kandungannya ke hospital yang terdekat – walaupun-dia hidup dililit kemiskinan. Doktor yang merawatnya lalu memutuskan untuk melakukan imbasan ultrasound.
Dan … astagfirullah!
Bukan silap mata bukan sihir, hasil ultrasound menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Dipercayai, kejadian aneh bin ajaib ini bermula dari air yang dia minum. Ketika itu, Bibi meminum air melalui kendi di rumahnya. Dia menduga, ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang lalu menyusup masuk ke perutnya ketika dia meneguk air.
Keanehan sudah terasa dua bulan selepas itu. Bibi mula merasakan sakit pada perutnya yang mula membesar. Nafsu makannya pun melonjak. Dia bahkan sanggup menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor minta dia untuk dibedah. Miskin tak mempunyai wang, Bibi pun meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.
Mujur, kerajaan Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular yang kini bersaiz besar itu pun berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.

View the original article here

Berapa Panjang tu Bang?....Sentengah Meter jew..(18s)

type='html'>

gambar sebagai hiasan

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya,

kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya,

"Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat celana panjang."

Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan celananya.

Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil celana yang sudah siap.

Kata tukang jahit; "mas..., celananya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bisa dibawa pulang"

Pemuda itu gembira, jadi juga celananya, fikirnya.

Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan celana barunya.

Dia memakai celana itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya.

Maknanya celana di dalam dan di luar ialan kain sarung. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,

akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain sarungnya ,

dan lupa memakai celana panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain sarung,

katanya mau pakai celana panjang....tapi masih pakai kain jugak"

Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa,

kan abang pakai celana panjang baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "eeeIhhhhhhhhh. ..bangg, panjangnyaaaa. .."

Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah panjang. Dirumah masih ada ½ meter lagi"...

View the original article here

Fuh!! Kuliah : Ustaz Azhar Idrus - Ambik Wuduk Bogel

type='html'>

Fuh!! Kuliah : Ustaz Azhar Idrus - Ambik Wuduk Boge | Kali in pihak Fuh kongsikan video mengenai bab pengambilan wuduk yang di terangkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Semoga ilmu ini bermafaat kepada kita semua.


View the original article here

Kenapakah Mereka Melumur Gris Satu Badan?Eeeww

type='html'>
Ia mungkin kelihatan pelik dan menggelikan. Pasti ramai yang terfikir dan tertanya-tanya: 'Tidakkah acara itu akan mengotorkan bandar ataupun bagaimanakah pula mahu membersihkan diri selepas itu?'


Namun, itulah tradisi yang diraikan sejak hampir 500 tahun dahulu oleh penduduk sebuah daerah di Sepanyol.

Kebanyakan orang pasti biasanya mahu mengelakkan jari atau tangan mereka daripada terkena gris hitam apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya yang berkaitan pemotoran atau pembinaan.

Namun, lain pula ceritanya dengan warga di utara Granada. Mereka bukan sahaja membiarkan tangan dan muka mereka terkena gris, bahkan melumurkan seluruh tubuh menggunakan pelincir hitam tersebut.

Lebih unik dan mengejutkan, ia dilakukan secara besar-besaran dan melibatkan ribuan orang. Bagaikan sebuah pesta riang ria, wajah dan tubuh yang comot itu dilihat sebagai suatu keseronokan.


Tanpa segan silu, pemuda dan pemudi yang telah 'kehitaman' dan berminyak itu berjalan kaki dalam perarakan sejauh tiga kilometer. Mereka bergerak dari sebuah pekan yang dipanggil Guadix ke pekan Baza.

Namun, jangan silap, ia bukanlah satu upacara pemujaan atau parti anjuran oleh peminat gothik.

Mengimbau asal-usul kisah pesta yang dinamakan Cascamorras itu, ia menceritakan tentang sejarah pertelagahan penduduk di dua pekan iaitu Guadix dan Baza suatu ketika dahulu.

Pergaduhan tercetus apabila penduduk Guadix mahu merampas semula sebuah patung suci, Virgen de la Piedad, yang dipercayai telah dicuri dan diletakkan di sebuah gereja di Baza.

Bagaimanapun, penduduk Baza menetapkan syarat iaitu individu yang mahu mengambil patung itu boleh datang ke Baza, tetapi orang berkenaan hanya boleh mengambil patung tersebut sekiranya pakaiannya langsung tidak terkena sebarang kotoran.


Walhal, ia merupakan satu helah kerana penduduk Baza pada ketika itu sudah bersiap sedia dengan air berwarna dan telur bagi menggagalkan misi pemuda Guadix.

Selepas pertelagahan penduduk dari kedua-dua tempat itu berakhir secara damai, peristiwa tersebut terus diingati sehingga hari ini dan ia disambut pada tarikh 6 September setiap tahun.


View the original article here

12 Negara Yang Mempunyai 2 Ibu Kota [Termasuk Malaysia]

type='html'>

12 Negara Yang Mempunyai 2 Ibu Kota [Termasuk Malaysia]



Terdapat 12 Negara di dunia ini yang mempunyai lebih dari 1 Ibukota (Capital City). Perkara ini adalah disebabkan oleh pelbagai alasan tersendiri yang mana kebanyakannya oleh pemisahan pusat pentadbiran, legislatif, perundangan dan beberapa faktor lain antara 2 atau lebih lokasi .

  1. Benin - Porto-Novo adalah ibunegara rasmi Benin bagaimanapun pusat pemerintahan kerajaan adalah di Cotonau .
  2. Bolivia - Kota pentadbiran Bolivia adalah La Paz sementara Pusat Legislatif dan Perundangan ( Parlimen ) terletak di bandar Sucre .
  3. Ivory Coast ( Cote d' Ivoire ) - Pada tahun 1983, Presidennya, Felix Houphouet Boigny telah memindahkan ibu kota Ivory Coast dari Abidjan ke tempat asal beliau diYamoussoukro. Ini menjadikan Yamoussoukro sebagai Ibukota rasmi negara sementara kebanyakan pejabat pejabat kerajaan dan kedutaan ( termasuk Kedutaan Amerika ) masih kekal di Abidjan .
  4. Israel - Negara haram ini telah mengistiharkan Jerusalem sebagai ibukotanya pada tahun 1950. Bagaimanapun, Jerusalem masih dalam pertindihan tuntutan antara Israel dan Tebing Barat  ( Palestin ), maka kebanyakan negara ( termasuk U.S ) masih mengekalkan kedutaan masing masing di Tel Aviv.
  5. Malaysia - Malaysia telah memindahkan kebanyakan fungsi pentadbiran dari Kuala Lumpur ke satu daerah yang terletak 25KM ke selatan yang diberi nama Putrajaya . Kerajaan Malaysia menyusun semula Pejabat Pentadbiran termasuk Kediaman Rasmi Perdana Menteri di lokasi ini sementara Kuala Lumpur masih kekal sebagai Ibukota rasmi .
  6. Myanmar - Pada hari Ahad, 6 November 2005, Pekerja Kerajaan , Penjawat Awam dan Pegawai Kerajaan telah diarahkan untuk berpindah dari Rangoon ke Ibukota baru Nay Pyi Taw ( juga dikenali dengan nama Nay Pyi Daw ) yang terletak 200 batu ke utara. Perpindahan ini adalah dikatakan atas hasil ramalam astrologi ( feng shui ) . Hingga ke hari ini , kedua dua bandar masih menyandang gelaran Ibukota namun tidak dikenalpasti yang mana adalah Ibukota rasmi . 
  7. Holand - Walaupun secara sah ibukotanya ialah Amsterdam, namun sebenarnya segala pusat pemerintahan dan legislatif termasuk kediaman rasmi monarki negara ini terletak di The Hague .
  8. Nigeria - Ibu negara Nigeria telah berpindah secara rasmi dari Lagos ke Abudja pada 2 Disember 1991, namun sesetengan pejabat kerajaan masih kekal di Lagos .
  9. Afrika Selatan - Negara ini sangat unik kerana ia mempunyai 3 ibukota . Pretoriaadalah merupakan pusat pentadbiran , Cape Town adalah kota legislatif, sementaraBloemfontein menjadi pusat penggubalan undang-undang ( judiciary ).
  10. Sri Lanka - Negara ini telah memindahkan pusat legislatifnya ke Sri Jayewardenapura Kotte, sebuah kawasan di pinggir ibukota rasminya Colombo
  11. Swaziland - Mbabane adalah merupakan kota pentadbiran sementara bandar diraja dan pusat legislatif ialah di Lobamba .
  12. Tanzania - Sebuah bandar telah diisytiharkan sebagai ibukota rasmi Tanzania iaituDodoma namu hanya legislatifnya yang berpindah ke sini sedangkan yang lain nya masih kekal di ibukota de facto Dar Es Salaam . 

View the original article here

Fuh!! Bodoh : Lepas Bersetubuh, Kencing Muka Isteri

type='html'>
KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin.
Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.
Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.
Harian Metro


View the original article here

TONTON ONLINE SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 3

type='html'>

TONTON ONLINE SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 3 | Bagi yang telepas menyaksikan slot Akasia "Setia Hingga Hujung Nyawa" boleh lah menyaksikan di video yang kami kongsikan di bawah.


Video ulangan akan di update disini



View the original article here

Saturday 29 December 2012

Fuh!! MIsteri : Dj Misteri Jam 12 Ria FM Diganggu

type='html'>
Fuh!! MIsteri : Dj Misteri Jam 12 Ria FM Diganggu | Pada masa tu saya sedang melayan cerita seram dalam Misteri Jam 12 sekitar pukul 1 pagi. Dj asal iaitu KC bercuti ketika itu. Sebagai gantinya seorang Dj perempuan yang mengambil alih tugas mengendalikan rancangan Misteri Jam 12 seorang diri dalam konti. Dj perempuan inilah yang diganggu baru-baru ini.

Macam biasa, konti Ria FM akan menerima panggilan daripada peminat rancangan Misteri Jam 12 yang sudi untuk berkongsi pengalaman seram masing-masing. Seingat saya malam tu agak kurang cerita yang ‘menarik’ daripada pemanggil sampaikan rancangan Misteri Jam 12 dipenuhi dengan lagu saja.
Tiba-tiba konti Ria FM menerima satu panggilan daripada seorang lelaki. Daripada suaranya saya mengagak yang dia mungkin masih lagi bersekolah. Dj perempuan tersebut menerima panggilannya dengan baik dengan harapan akan ada cerita ‘menarik’ yang dikongsikan nanti untuk pendengar-pendengar setia Misteri Jam 12.
Budak lelaki itu mulakan ceritanya dengan suara perlahan seperti baru bangun dari tidur. Menurut ceritanya, dia keluar dari rumah pada lewat malam untuk ke kedai 7-Eleven. Setelah membeli, dia terus berjalan kaki pulang ke rumah yang tidak berapa jauh dari 7-Eleven tadi. Semasa dia berjalan, dia ternampak seorang makcik yang agak tua berjalan seorang diri dalam gelap. Makcik itu agak bongkok badannya. Dj perempuan pada malam tu mendengar dengan teliti kisahnya termasuklah pendengar-pendengar Misteri Jam 12 yang lain.
Dia berjalan seperti biasa dan semakin lama semakin dekat jaraknya dengan makcik itu. Dalam jarak yang agak dekat tu dia ternampak satu susuk badan berwarna hitam yang agak besar berjalan di belakang makcik tua tadi. Bila diamati betul-betul lembaga hitam tersebut, kelihatan lembaga itu mempunyai dua tanduk. Rupa-rupanya, lembaga hitam itu adalah Batman!
“Tuuutttttttt” Talian diputuskan. Hampeh betul. Kita yang dengar dengan kusyuk nak menyeramkan diri tiba-tiba dirosakkan dengan cerita yang kononnya seram kelakar oleh budak tu. Ramai peminat Misteri Jam 12 yang meluahkan rasa tak puas hati dengan pemanggil tersebut di Facebook Page Ria FM. Ada juga pemanggil selepas itu yang buat panggilan bukan untuk berkongsi cerita seram, tapi untuk menasihati pemanggil tak matang tadi supaya menghormati Dj dan juga pendengar.
Tapi budak tu gigih, malam tu saja dua kali dia dapat menembusi talian Misteri Jam 12. Yang tak tahannya dia buat suara lain-lain dengan cerita yang berbeza tapi gaya penceritaan yang sama; banyak meraban daripada isi kemudian gelak sendiri walaupun tak kelakar pada telinga pendengar.
Malam esoknya pula budak tu buat panggilan lagi. Gaya yang sama tapi kali ni rasanya Dj dah dapat tangkap yang budak ni cuma nak main-main. Belum sempat habis sepenuhnya taliannya dah kena potong. Padan muka haha.

View the original article here

Leuniey Natasha Tidak Jemput Ayah Kandungnya Kemajlis Penikahannya

type='html'>Leuniey Natasha Tidak Jemput Ayah Kandungnya Kemajlis Penikahannya | Pejam celik - pejam celik Majlis perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha bakal di nikahkan. Tapi malangnya ada seseorang yang penting dari telibat sama dalam majlis bahagia mereka.



Tadi Fuh ada baca artikel mengenai ini di Berita Harian di mana melaporkan bapa kandung Leuniey Natasha iaitu Jaafar Mohamad kecewa dengan sikap anaknya itu yang tidak menjemput beliau Ke Majlis akad nikah jumaat ini.


“Dia satu-satunya anak perempuan saya — sebagai seorang ayah, besar harapan untuk melihat sendiri anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput,” ujar beliau di Kota Bahru.
Jaafar Mohamad berkata yang Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey ada datang meminta tandatangan beliau sebagai wali namun tiada sebarang jemputan keluar dari mulut mereka.
“Walaupun saya agak terguris dengan cara mereka itu (minta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini”

View the original article here

Ngeri Sembelih Sepupu sendiri di MIRI

type='html'>
MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.
Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.
Menurut Senab, dia terjaga dari tidur selepas terdengar suaminya menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat Mantang berlumuran darah terbaring mengerang kesakitan.
Katanya, ketika itu dia melihat suspek memegang pisau dan cuba merampasnya namun gagal, malah menyebabkannya hampir menerima nasib sama apabila diserang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.
“Ketika itu, saya melihat suami yang berlumuran darah mengerang kesakitan serta memegang lehernya yang cedera sebelum rebah ke lantai.
“Usaha saya untuk menghalang pendarahan pada leher suami dengan sehelai tuala gagal sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
Katanya, sebelum kejadian, suspek yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran bertandang ke rumahnya petang kelmarin dan menyatakan hasrat untuk bermalam di situ.
“Ketika itu, saya benar-benar bimbang dan menyuarakan perkara itu kepada suami selepas melihat perangai pelik sepupunya yang sering bercakap seorang diri namun tidak dihiraukan suami.
“Malah, saya dan suami serta anak perempuan berusia tiga tahun tidur di luar kerana bilik tidur kami dikunci lelaki itu dari dalam beberapa jam sebelum kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gerakan mencari suspek dilakukan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


View the original article here