Saturday 12 January 2013

Fuh!! Kesian: Berambut Hingga Ke Sebahagian Muka, Budak Ini Sering Menjadi Bahan Ketawa!

type='html'>
DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Berambut Hingga Ke Sebahagian Muka, Budak Ini Sering Menjadi Bahan Ketawa! | Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.


An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.

Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya. - Agensi

Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia Sudah bermula rebutlah peluang untuk mnejadi antara blog terbaik. 10 Blogger Terbaik Malaysia terkini.

View the original article here

No comments:

Post a Comment