Saturday 29 December 2012

Fuh!! MIsteri : Dj Misteri Jam 12 Ria FM Diganggu

type='html'>
Fuh!! MIsteri : Dj Misteri Jam 12 Ria FM Diganggu | Pada masa tu saya sedang melayan cerita seram dalam Misteri Jam 12 sekitar pukul 1 pagi. Dj asal iaitu KC bercuti ketika itu. Sebagai gantinya seorang Dj perempuan yang mengambil alih tugas mengendalikan rancangan Misteri Jam 12 seorang diri dalam konti. Dj perempuan inilah yang diganggu baru-baru ini.

Macam biasa, konti Ria FM akan menerima panggilan daripada peminat rancangan Misteri Jam 12 yang sudi untuk berkongsi pengalaman seram masing-masing. Seingat saya malam tu agak kurang cerita yang ‘menarik’ daripada pemanggil sampaikan rancangan Misteri Jam 12 dipenuhi dengan lagu saja.
Tiba-tiba konti Ria FM menerima satu panggilan daripada seorang lelaki. Daripada suaranya saya mengagak yang dia mungkin masih lagi bersekolah. Dj perempuan tersebut menerima panggilannya dengan baik dengan harapan akan ada cerita ‘menarik’ yang dikongsikan nanti untuk pendengar-pendengar setia Misteri Jam 12.
Budak lelaki itu mulakan ceritanya dengan suara perlahan seperti baru bangun dari tidur. Menurut ceritanya, dia keluar dari rumah pada lewat malam untuk ke kedai 7-Eleven. Setelah membeli, dia terus berjalan kaki pulang ke rumah yang tidak berapa jauh dari 7-Eleven tadi. Semasa dia berjalan, dia ternampak seorang makcik yang agak tua berjalan seorang diri dalam gelap. Makcik itu agak bongkok badannya. Dj perempuan pada malam tu mendengar dengan teliti kisahnya termasuklah pendengar-pendengar Misteri Jam 12 yang lain.
Dia berjalan seperti biasa dan semakin lama semakin dekat jaraknya dengan makcik itu. Dalam jarak yang agak dekat tu dia ternampak satu susuk badan berwarna hitam yang agak besar berjalan di belakang makcik tua tadi. Bila diamati betul-betul lembaga hitam tersebut, kelihatan lembaga itu mempunyai dua tanduk. Rupa-rupanya, lembaga hitam itu adalah Batman!
“Tuuutttttttt” Talian diputuskan. Hampeh betul. Kita yang dengar dengan kusyuk nak menyeramkan diri tiba-tiba dirosakkan dengan cerita yang kononnya seram kelakar oleh budak tu. Ramai peminat Misteri Jam 12 yang meluahkan rasa tak puas hati dengan pemanggil tersebut di Facebook Page Ria FM. Ada juga pemanggil selepas itu yang buat panggilan bukan untuk berkongsi cerita seram, tapi untuk menasihati pemanggil tak matang tadi supaya menghormati Dj dan juga pendengar.
Tapi budak tu gigih, malam tu saja dua kali dia dapat menembusi talian Misteri Jam 12. Yang tak tahannya dia buat suara lain-lain dengan cerita yang berbeza tapi gaya penceritaan yang sama; banyak meraban daripada isi kemudian gelak sendiri walaupun tak kelakar pada telinga pendengar.
Malam esoknya pula budak tu buat panggilan lagi. Gaya yang sama tapi kali ni rasanya Dj dah dapat tangkap yang budak ni cuma nak main-main. Belum sempat habis sepenuhnya taliannya dah kena potong. Padan muka haha.

View the original article here

No comments:

Post a Comment